Rabu, 10 Mac 2010  

Galeri

Maklumat Tentang Syarikat PDF E-Mel

Image
En. Nazman b Hj. Daud
Nadstar Enterprise (PG0092325-A) adalah syarikat milik bumiputera 100%. Syarikat ini menjalankan perniagaan dalam bidang pemprosesan makanan yang berasaskan surimi dan otoshimi iaitu bebola ikan dan kek ikan jenama NAZMAN sejak tahun 2004. syarikat ini adalah di antara beberapa pengusaha bumiputera yang menceburi bidang ini manakala selebihnya dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera.

Syarikat ini telah didaftarkan pada 24 Oktober 2001 dan dimiliki sepenuhnya oleh En. Nor Nazman Bin Hj. Daud. Pada awal permulaannya, syarikat ini telah menjalankan pengedaran penjualan barangan herba tradisional dan beroperasi di No. 18, Jalan Nipah, Taman Hj Mohd Amin, 13500 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada bulan Julai 2003, Encik Nor Nazman bin Hj Daud telah mengikuti kursus memproses makanan berasaskan  ikan di Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bagi tujuan mengembangkan bidang perniagaan. Pada bulan Ogos 2003, syarikat telah menyewa sebuah bengkel kecil di No. 4262, Kg. Aman, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang untuk tujuan menjalankan perusahaan produk bebola ikan dan kek ikan. Bagaimanapun, hanya pada 9hb Januari 2004 produk pertama keluaran syarikat mula berada di pasaran setelah beberapa bulan mejalankan R & D. Pada bulan September 2004, syarikat mula mengeluarkan produk bebola ikan ( saiz kecil ) di pasaran sehingga sekarang.

Pada 1hb Julai 2007, syarikat telah memindahkan operasi ke Kompleks Pemprosesan Makanan Pertubuhan Peladang Kawasan  ( PPK3 ) Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang memandangkan premis sedia ada tidak mampu menampung operasi syarikat yang semakin berkembang. Manakala pejabat pula turut berpindah ke 14, Lorong Malwira 1, Taman Malwira, Mengkuang Titi, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Baca Lagi...
 
Majlis Perasmian Kilang Fish ball & Fish Cake PDF E-Mel

Image

Image
Dirasmikan oleh Dato' Seri Hj. Mohd Shariff b. Hj. Omar




Untuk melihat gamba-gambar semasa majlis tersebut sila klik < di sini >

 
Hak Cipta 2008 © Nazman.Biz | Login Admin